Sunday, 17 March 2013

Komen

Varsity Mall adalah mall yang utama di Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, kami sebagai pelajar di UUM, kami berasa Varsity Mall boleh menjadi lebih baik. Sebagai contohnya, Varsity Mall boleh menambah bank selain daripada Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Penambahan bank selain daripada 2 bank adalah untuk lebih memudahkan pelajar menjalankan urusan kewangan. Kami bercadangkan bahawa boleh menambah bank-bank seperti Maybank dan Hong Leong Bank. Penambahan atm mesin di Varsity Mall juga memerlukan.

Selain itu, kedai di Varsity Mall juga boleh bertambah. Kedai-kedai seperti kedai jualan peralatan sukan dan kedai baju formal adalah boleh ditambahkan. Kedai yang disebutkan  merupakan kedai yang tidak wujud di Varsity Mall.

Kesimpulanya, Varsity Mall yang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian pelajar UUM boleh berkembang lebih baik. Kami berharap cadangan yang kami cadangkan boleh menjadi kenyataan pada masa hadapan supaya dapat mempermudahkan lagi pelajar di UUM.

Saturday, 16 March 2013

Lorong Gerai

Lorong di dalam Varsity Mall adalah satu ruang yang cukup besar bagi lebih kurang 10 gerai berniaga. Untuk mengelakkan daripada membazirkan tempat , lorong di dalam Varsity Mall membenarkan pihak yang berminat untuk membuka gerai. Gerai-gerai yang biasanya wujud di lorong gerai adalah seperti gerai kasut, baju, barang hiasan, makanan ringan, perkakas IT dan sebagainya.

Selain itu, lorong gerai bukan sahaja memainkan peranan sebagai tempat membuka gerai untuk bergerai sahaja. Ia juga membolehkan aktiviti-aktiviti berjalan di sana. Contohnya PC Fair. 

                                Gambar ini menunjukkan gerai-gerai yang wujud sepanjang
                                 lorong gerai di Varsity Mall.

Thursday, 14 March 2013

Kedai Perkakas IT

Pada zaman kini, kehidupan kita tidak boleh mengecualikan teknologi maklumat. Betapa pentingnya bagi pelajar pengajian tinggi. Teknologi maklumat membantu pelajar mendapatkan maklumat pelajaran melalui internet. Untuk mendapatkan maklumat, pelajar memerlukan perkakas IT.

Varsity Mall dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah untuk mendapatkan perkakas IT. Varsity Mall terdapat 2-3 kedai yang menjual perkakas IT. Perkakas IT yang biasa boleh didapati ialah mouse, pendrive, hardisk, earphone, printer dan sebagainya. Di sanmping itu, kedai perkakas IT juga menyediakan perkhidmatan seperti memperbaiki printer dan  formating. 


                              Gambar ini menunjukkan jualan perkakas IT di Varsity Mall seperti
                                       printer, pendrive, earphone dan beg komputer


                  Gambar ini menunjukkan kedai perkakas IT adalah berlokasi di tingkat 2 Varsity Mall.

Pejabat Pos

Di UUM hanya terdapat satu pejabat pos. Pejabat pos berlokasi di dalam Varstity Mall. Pelajar boleh mendapat beberapa perkidmatan di pejabat pos. Sebagai contoh, bungkusan, pos express, bayar bill, pos laju, beli setem, kirim surat dan sebagainya. Pejabat pos dapat mengelakkan pelajar di UUM daripada keluar dari kampus untuk mendapatkan perkhidmatan pos. Setiap hari, pejabat pos memberi perkidmatan kepada pelajar UUM. Ini memang telah memudahkan pelajar. Waktu operasi pejabat pos adalah :

Ahad - Khamis    8.30pg - 5.30ptg
Sabtu                   8.30pg - 1.00ptg


                                  Gambar ini menunjukkan pejabat pos di Varsity Mall,UUM. Pelajar
                                     UUM boleh mendapat perkidmatan pos express di pejabat pos.

Bank

Bank memainkan peranan yang penting bagi mahasiswa dan mahasiswi di UUM. Kewujudan bank-bank bukan hanya memanfaatkan pelajar di UUM, ia juga memudahkan staf-staf yang bekerja di UUM. Kebanyakan mereka menggunakan bank untuk menerima dan mengeluarkan deposit simpanan, menulis dan menunaikan cek, menjalankan transition, buka akaun yang baru dan sebagainya.

Di Varsity Mall, terdapat 2 bank yang penting. 2 bank yang penting ialah Bank Islam dan Bank Simpanan National. Bank Islam merupakan bank yang sangat penting kerana segala bayaran adalah melalui bank ini. Contohnya, bayar yuran pelajaran dan mendapatkan pinjaman PTPTN. Bank Simpanan National juga membenarkan segala urusan kewangan.

 
Gambar ini menunjukkan Bank Islam di UUM yang memudahkan urusan kewangan pelajar dan staf di UUM


Gambar ini menujukkan Bank Simpanan Nasional di UUM 






Uni Shoppe


Uni Shoppe merupakan kedai yang terdapat di Varsity Mall. Uni Shoppe ini menjual buku, alat tulis menulis and juga menawarkan servise photostat seperti popular. Buku yang dijual di Uni Shoppe adalah buku text yang digunakan semasa kuliah dan juga buku buku novel. Uni Shoppe juga menjual A4 paper, pen dan alat tulis lain-lain untuk pelajar supaya dapat memberikan kemudahan kepada pelajar. Photostat servise itu juga banyak memanfaatkan pelajar.

Gambar ini menunjukkan pelajar sedang mencari alat tulis yang diperlukan di Uni Shoppe.

Servise Photostat yang disediakan.

Buku-Buku yang dijual adalah lengkap.

Keperluan Harian

Keperluan Harian adalah amat penting kepada pelajar di UUM. Jadi Varsity Mall juga mempunyai kedai keperluan harian bagi pelajar. Hal ini telah membawa banyak kemudahan kepada pelajar.
Harga yang jual di mart ini juga same dengan hypermarket di luar dan barang yang dijual adalah sangat lengkap boleh memenuhi keperluan pelajar. Jadi pelajar tidak perlu risau dengan pembelian keperluan harian.
Coop Mart seperti satu hypermarket yang kecil iaitu terdapat banyak keperluan harian. Pelajar boleh membeli berdasarkan jenama yang gemar.

Kedai keperluan harian di Varsity Mall merupakan Coop Mart.

Makanan yang dijual di Coop Mart.
Gambar ini menunjukkan pelajar perempuan sedang memilih minumum di Coop Mart.